APA ITU INSURANS ??
Definisi insurans: insurans merupakan institusi ekonomi berasaskan prinsip timbal dibentuk untuk tujuan menubuhkan dana awam. Keperluannya timbul daripada berlakunya risiko yang tidak terduga, yang kebarangkalian boleh dianggarkan dengan munasabah. Dari segi kewangan pula, insurans ditakrifkan sebagai penganturan kewangan yang mengagihkan kos kerugian luar jangka.
![]() |
| Apa Maksud dari Insurans ? |
Sejarah industri insurans: sejarah insurans yang jelas bermula pada abad ke-13 dan ke -14 di mana insurans perkapalan berkembang selaras dengan perkembangan industri perkapalan di Eropah. Untuk insurans jiwa pula, polis pertama telah dikeluarkan di Inggeris pada tahun 1583 keatas William Gybbon.
Insurans berjalan atau beroperasi atas prinsip-prinsip asas insurans iaitu kepentingan boleh insurans, penuh percaya mutlak, gantirugi, subrogasi, berkongsi sama rata dan sebab terdekat.
Insurans atau dengan jelas lagi disebut insurans konversional dibagi menjadi dua, iaitu insurans jiwa dan insurans AM.
Pendapat ulama terhadap insurans: Pada 15 Jun 1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia dalam persidangan memutuskan bahawa insurans jiwa (nyawa) adalah haram sedangkan insurans umum adalah harus (lihat lampiran).
Kontrak insurans yang berasaskan pada penjualan polisi antara pemegang polisi atau pihak yang diinsuranskan dengan syarikat insurans menjadi sebab utama kenapa insurans dilarang. Unsur-unsur yang dilarang dalam insurans: Para ulama memutuskan kontrak insurans haram kerana mengandungi unsur-unsur berikut:
1. Gharar (ketidakpastian)
Gharar menurut syariat: islam telah mensyaratkan bahawa sesuatu akad atau perjanjian yang ditandatangani antara pihak yang membuat perjanjian harus jelas tentang perkara yang diakadnya.
"Rasulullah saw melarang dari menjual barang (secara melontar batu) dan jualan yang mempunyai gharar" (riwayat Baihaqi).
Kontrak insurans mengandungi unsur gharar kerana: "apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (pembeli) tidak mendapat keuntungan sedangkan kontraknya adalah berasaskan jual beli".
Dalam kontrak insurans, syarikat insurans akan menawarkan produk (jaminan) sedangkan pembeli, membeli produk (jaminan). Urusan jual beli ini berlaku dimana produk adalah dalam bentuk jaminan sementara pembeli perlu membayar yuran setiap waktu yang di tetapkan. Persoalannya jika berlaku musibah pampasan akan dibayar kepada pembeli atau warisnya jika tidak sebaliknya. Ini menunjukkan bahawa walaupun bayaran telah dibuat oleh pembeli tetapi produknya belum tentu akan dapat dimiliki oleh pembeli atau warisnya.
Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan:
"Gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya".
2. Maisir (perjudian)
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya khamar, maisir, berhala, bertenung nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka Jauhillah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan" (Surah al-Maidah: 90)
Dalam konteks insurans, para ulama menyatakan maisir dan gharar mempunyai kaitan yang sangat erat. Ini bererti jika sesuatu transaksi mengandung gharar maka dengan sendirinya unsur maisir akan turut serta. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkaitan. Islam menganggap sebagai suatu perjudian apabila seseorang pemegang polisi insurans jiwa meninggal dunia sedangkan tempoh perjanjian belum lagi berakhir dan hanya membayar sebahagian premium yang disepakati, tetapi kemudian diberikan pula pampasan yang tidak dijelaskan asal sumbernya. Syarikat insurans boleh mengalami keuntungan atau kerugian kerana tuntutan yang tampaknya bergantung pada nasib disebabkan adanya unsur gharar. Keuntungan dari itu dianggap sebagai judi.
Jenis-jenis judi dalam kontrak insurans:
i) Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
ii) Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi tidak berlaku
iii) Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebih jumlah premium yang diterima.
3. Riba
"Dan allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba". (Surah al-Baqarah: 275)
Didalam kontrak insurans terdapat empat jenis riba yang terlibat:
i) Apabila pembeli insurans membuat pengeluaran duit tabungan, ia dipanggil "policy Loan". Disini pembeli perlu membayar kembali wang yang dikeluarkan bersama dengan kadar feadah yang dikenakan. Kebiasannya setiap syarikat insurans menetapkan kadar faedah sebanyak 8% per tahun keatas policy loan. Keperluan ini berjalan keatas produk insurans yang berbentuk tradisional. Bagi polisi berkaitan pelaburan (investment-linked) keadaan ini tidak berlaku.
ii) Premium yang terlewat bayar akan dikenakan bunga mengikut kadar yang ditentukan dan ini disebut riba. Ini melibatkan produk insurans tradisional dan berkaitan pelaburan.
iii) Sesetengah produk insurans ada membayar dividen (produk tradisional) kepada pemegang polisi baik ketika matang atau setiap ulangtahun polisi. Dividen ini bersumberkan riba yang dihasilkan dari pelaburan di syarikat-syarikat yang berkaitan dengan riba dan tidak berdasarkan syariat seperti syarikat judi, alkohol serta industri berkaitan babi.
iv) Sementara untuk produk berkaitan pelaburan pula, syarikat insurans tidak membayar dividen, tetapi pihak pemegang polisi mendapat keuntungan dari duit pelaburan mereka. Mana wang ini dilaburkan terus oleh pihak syarikat insurans ke dalam syarikat berkaitan riba, arak dan yang haram lainnya. Maka dengan sendirinya keuntungan tersebut menjadi haram. Ada sesetangah produk ini dilaburkan didana-dana yang halal. Ini bermakna hukum pelaburannya adalah halal. Cuma produk ini masih menjadi haram kerana masih mengandungi unsur gharar dan judi. Unsur riba (denda lambat bayar premium) masih boleh terlibat jika pemegang polis lambat membuat bayaran premium seperti dalam kontrak.
Itulah perbahasan mengenai maklumat seputar insurans, semoga bermanfaat bagi anda. Jika ingin mengetahui maklumat seputar Takaful, sila klik artikel Apa itu Takaful ?.

